Posts

Showing posts from August, 2015

JPO - Johor Premium Outlet

Menarik juga JPO ini. Kadar parkir sehari juga berpatutan kalau lama di sana ( flat-rate RM3). Mahal lagi kadar parkir di komplek membeli-belah. Pada para pembaca yang hendak merasa barang-barang berjenama boleh beli di sini. Cik Kat tidak beli apa-apa pun sebab tiada bajet. Kena menambung duit dulu kalau ada hati hendak merasa barang mewah. Tidak elok hutang-hutang, kena pikir credit card balance yang mesti dibayar. Bayar hutang lagi afdhal ye tak? :). Kalau ada rezeki lebih bolehlah beli sebagai hadiah penghargaan untuk diri sendiri. Insyaa'Allah. Tapi ada satu yang kurang enak - barang yang dijual di salah satu butik (Furla) tidak menawarkan waranti kerana produk yang dijual sudah diberi potongan. Hmmm.. tidak pernah tahu pasal ini. Ke sepatutnya sebab produk yang dijual adalah reject ? Ada sesiapa yang tahu sebab sebenarnya tak? Komen di sini kalau ada. Terima Kasih!