Posts

Showing posts from August, 2018

Saya dan Chilindo

Image
Saya terjebak dengan Chilindo dari iklan di Instagram. Dari sifat hendak tahu sampai 'ter'-membida beberapa barangan yang di lelong di situ. Niat di hati nak beli basikal. Tapi... dari sehari ke hari cubaan untuk menang bidaan basikal tidak juga berjaya. Sambil 'monitor' basikal idaman, selak-selak juga barangan lain. Klik punya klik... hmmm bidaan berjaya untuk 5 barang. Bukan satu tapi lima dan bukan juga basikal. Sila lihat gambar di bawah - berbaloi ke tidak? Untuk lima barang ini, 'delivery charges' hanyalah RM6.00. The charm of Chilindo is.. setiap bidaan bermula dari 10 sen (RM0.10). Semestinya ini adalah tarikan (hmmm more like a trap) untuk pengguna. Bukan senang nak dapat barang pada harga 10 sen, semua orang akan tertumpu pada harga tersebut. Agaklah susah tapi tidak mustahil nak dapat pada harga paling rendah. Cubalah, rezeki masing-masing kalau dapat barang yang tidak ada orang hendak bida. Yang pasti, bila hendak membida kena: Ada

'Revisiting' Photoshop Selepas 15 Tahun Di Tinggalkan

Image
Bila seorang kawan meminta tolong ajar buat blog.. sesi buat blog bertukar menjadi sesi men-'design' label. Memandangkan sudah lama saya tidak sentuh 'web design', terkial-kial juga bila hendak mula. Sudahlah aplikasi Adobe Photoshop pun tidak ada. Habis buat apa? Mula-mula sekali 'download'lah Adobe Photoshop CC versi 'trial' dan 'install' ke dalam laptop saya ini yang entah cukup entah tidak 'hard disk space' / RAM-nya. Alhamdulillah, masih boleh jalan laptop walaupun ada ketika bergerak macam kura-kura. Tidak mengapalah, untuk menjadikan ilmu itu bermanfaat kita buat juga. Awal-awal saya guna Google untuk cari informasi pasal photoshop i.e. macam mana nak 'scale image', 'apply layer style' dan lain-lain perkara asas. Kiranya 'continue with a quick photoshop tutorial revision' penulisan yang banyak dalam internet. Sekarang ini tidak susah cari tutorial Photsoshop. Selapas 2-3 jam mentelaah, ini lah hasilny