Posts

Saya dan Chilindo

Image
Saya terjebak dengan Chilindo dari iklan di Instagram. Dari sifat hendak tahu sampai 'ter'-membida beberapa barangan yang di lelong di situ. Niat di hati nak beli basikal. Tapi... dari sehari ke hari cubaan untuk menang bidaan basikal tidak juga berjaya. Sambil 'monitor' basikal idaman, selak-selak juga barangan lain. Klik punya klik... hmmm bidaan berjaya untuk 5 barang. Bukan satu tapi lima dan bukan juga basikal. Sila lihat gambar di bawah - berbaloi ke tidak? Untuk lima barang ini, 'delivery charges' hanyalah RM6.00. The charm of Chilindo is.. setiap bidaan bermula dari 10 sen (RM0.10). Semestinya ini adalah tarikan (hmmm more like a trap) untuk pengguna. Bukan senang nak dapat barang pada harga 10 sen, semua orang akan tertumpu pada harga tersebut. Agaklah susah tapi tidak mustahil nak dapat pada harga paling rendah. Cubalah, rezeki masing-masing kalau dapat barang yang tidak ada orang hendak bida. Yang pasti, bila hendak membida kena: Ada

'Revisiting' Photoshop Selepas 15 Tahun Di Tinggalkan

Image
Bila seorang kawan meminta tolong ajar buat blog.. sesi buat blog bertukar menjadi sesi men-'design' label. Memandangkan sudah lama saya tidak sentuh 'web design', terkial-kial juga bila hendak mula. Sudahlah aplikasi Adobe Photoshop pun tidak ada. Habis buat apa? Mula-mula sekali 'download'lah Adobe Photoshop CC versi 'trial' dan 'install' ke dalam laptop saya ini yang entah cukup entah tidak 'hard disk space' / RAM-nya. Alhamdulillah, masih boleh jalan laptop walaupun ada ketika bergerak macam kura-kura. Tidak mengapalah, untuk menjadikan ilmu itu bermanfaat kita buat juga. Awal-awal saya guna Google untuk cari informasi pasal photoshop i.e. macam mana nak 'scale image', 'apply layer style' dan lain-lain perkara asas. Kiranya 'continue with a quick photoshop tutorial revision' penulisan yang banyak dalam internet. Sekarang ini tidak susah cari tutorial Photsoshop. Selapas 2-3 jam mentelaah, ini lah hasilny

Kena 'Retrench' dan Mengangur

Kini sudah masuk bulan ke tujuh selapas saya diberhentikan dengan 24 jam notis. Tapi bukan kena berhenti sebab kerja tidak bagus, tapi diberhentikan sebab 'company direction'. Bukan saya seorang yang kena, tapi satu unit kena. Alhamdullillah ada pampasan selepas 10 tahun berkerja di situ. Terubat juga lah hati ni. Namun, bila sudah duduk lama di rumah risau pula tidak kerja-kerja ni. Hmm.... bila nak 'start' cari kerja lain ye...

Interior Designer Wannabe - Reka Sendiri Hiasan Dalaman Rumah

Image
Siapa sini Interior Designer , atau bukan ID tapi boleh guna AutoCad atau paling koman pandai reka ruang dalaman rumah. Kalau anda semua bukan dari golongan tersebut, boleh geng dengan Cik Kat 😃. Tapi, kalau ada specialist dari golongan-golongan tu - janganlah kecam saya yang bukan ada degree/cert in Arts/Architecture mahupun Interior Design. Saya bukan orang seni or arkitek. Kalau nak 'lukis' dengan AutoCad sure terketar-ketar. Tapi dengan  online app ni - hasilnya..boleh scroll bawah.. OK tak?  Walaupun rekaan saya takde lah canggih mana - tapi boleh tahan untuk orang yang tiada asas dalam reka hiasan rumah atau yang sewaktu dengannya. Betul tak?! Maaf le kalau angkat bakul sendiri ni... 😁 And if you have a very good color sense (unlike me, more on natural - sombre looking stuff.. hehehe) , mesti boleh menghasilkan design yang lawa meletop-letop... Berbalik pada applikasi web ni.. nama dia Homestyler (dari AutoDesk ). Dengan menggunakan applikasi ni, saya bo

2016 Telah Berlalu.. Kini 2017 Sudah Hampir Di Pertengahan

Terlupa pasal blog ini, tengok-tengok sudah masuk 2017 (bukan awal tahun tapi dah tengah-tengah tahun!). Makcik terhegeh-hegeh sungguh! :O Yelah, Cik Kat ingat tidak ada siapa nak menjengah blog ini. Dah jadi macam tu, lama-lama  mood  nak menulis pun menurun, lepas tu hilang terus. Entah kenapa, hari ni terdetik Cik Kat cari (sebab nama blog pun tak ingat!) and browse blog yang hampir pupus. Waa, tak sangka ada juga pengujung dan paling memeranjatkan ada juga komen dari pengunjung. Walaupun satu saja.. bernilai tu! DARI satu komen itu - terdetik semangat (sikit.. not a lot but boleh lah) untuk kembali menulis dan berkongsi pengalaman yang saya lalui, Terima kasih Hunter ( my first komenter on my very first post - most probably you would not see this message.. but still thanks! ). Untuk tahun 2017, Cik Kat telah kehilangan Makcik (belah ayah) dan Pakcik (belah ibu - baru je semalam). Mereka telah pulang ke rahmatullah. Kedua-dua nya adalah seorang yang sangat baik dan pemura

JPO - Johor Premium Outlet

Menarik juga JPO ini. Kadar parkir sehari juga berpatutan kalau lama di sana ( flat-rate RM3). Mahal lagi kadar parkir di komplek membeli-belah. Pada para pembaca yang hendak merasa barang-barang berjenama boleh beli di sini. Cik Kat tidak beli apa-apa pun sebab tiada bajet. Kena menambung duit dulu kalau ada hati hendak merasa barang mewah. Tidak elok hutang-hutang, kena pikir credit card balance yang mesti dibayar. Bayar hutang lagi afdhal ye tak? :). Kalau ada rezeki lebih bolehlah beli sebagai hadiah penghargaan untuk diri sendiri. Insyaa'Allah. Tapi ada satu yang kurang enak - barang yang dijual di salah satu butik (Furla) tidak menawarkan waranti kerana produk yang dijual sudah diberi potongan. Hmmm.. tidak pernah tahu pasal ini. Ke sepatutnya sebab produk yang dijual adalah reject ? Ada sesiapa yang tahu sebab sebenarnya tak? Komen di sini kalau ada. Terima Kasih!

Selamat Hari Raya Di Kota Damansara, Sehingga Bertemu Kembali Ramadhan!

Image
Pejam celik, pejam celik - genaplah sebulan Ramadhan dan kini Syawal pula menjelma. Sedih kerana masih banyak kekurangan yang perlu di perbaiki dan ibadat yg perlu ditingkatkan sepanjang Ramadhan. Gembira , kerana telah berjaya mengharungi Ramadhan dan dapat cuti panjang untuk berhari raya. Yey!!! Gembira tak terkira. Dapatlah berehat sebentar dari kerja office. Hari pertama raya, pagi-pagi sudah bersiap untuk masak lodeh. Huh! Tengok stok tauhu kering dah berkulat lah pula. Nak tak nak pergi juga Giant di Kota Damansara - nasib baik. Kalau tidak ada tahu kering, macam x lengkap pulak lodeh ni. Alhamdullillah, raya pertama berjalan lancar.  Tapi, makin umur meningkat ni, kemeriahan raya kurang sedikit. Bukan dari segi rohani tapi lebih kepada persiapan. Biskut setakat 2-3 jenis (itupun masak satu jenis kuih, yag lain tu mak bagi atau beli), masak hanya ketupat dan rendang ayam. Selebihnya beli sahaja. Kenapa ye? Ke saya seorang yang rasa begini? Tak mengapalah, yang penting dapa