Interior Designer Wannabe - Reka Sendiri Hiasan Dalaman Rumah
Siapa sini Interior Designer, atau bukan ID tapi boleh guna AutoCad atau paling koman pandai reka ruang dalaman rumah. Kalau anda semua bukan dari golongan tersebut, boleh geng dengan Cik Kat 😃. Tapi, kalau ada specialist dari golongan-golongan tu - janganlah kecam saya yang bukan ada degree/cert in Arts/Architecture mahupun Interior Design.
Saya bukan orang seni or arkitek. Kalau nak 'lukis' dengan AutoCad sure terketar-ketar.
Tapi dengan online app ni - hasilnya..boleh scroll bawah.. OK tak? Walaupun rekaan saya takde lah canggih mana - tapi boleh tahan untuk orang yang tiada asas dalam reka hiasan rumah atau yang sewaktu dengannya. Betul tak?! Maaf le kalau angkat bakul sendiri ni... 😁
And if you have a very good color sense (unlike me, more on natural - sombre looking stuff.. hehehe), mesti boleh menghasilkan design yang lawa meletop-letop...
Berbalik pada applikasi web ni.. nama dia Homestyler (dari AutoDesk). Dengan menggunakan applikasi ni, saya boleh dapat sempoi/simple design, boleh plan ruang/posisi perabot dan paling penting boleh visualize ikut taste/perabot sendiri. Yang ni tak payah lukis kerus meja tu semua.. just main drag and drop sahaja dari online katalog dalam sistem ini. Senang tak!
Yang remeh, pertama sekali kena tahu plan layout dan size rumah. Kalau tak tahu, boleh taram je size rumah macam saya buat. Lepas tu nak kena 'lukis' / hasilkan pelan rumah (ambil masa juga ni) dan nak kena atur atau adjust perabot ke posisi yang di kehendaki.
Secara kasarnya, kalau ada rancangan nak pindah rumah dan nak hias rumah tanpa guna ID (jimat banyak tau ni, apatah lagi tengah ekonomi kurang baik) - boleh cuba HomeStyler . At least, rumah takde lah nampak caca marba. Walau kaler rumah lumut, kalau pandai atur dan susun - mesti menarik juga.
Tapi yang sedihnya, app ni nak tamat hayat dah (dalam bahasa orang putih - obsolete / phased-out). Tak salah nya by end of this month (April 2017) huhu.. 😭 Sebab tu post pasal app ni tidak secara terperinci.
Jadi, kalau nak cuba - boleh lah main sepenuh hati sebelum akhir bulan April 2017 dan jika ada sapa-sapa yang tahu free app macam Homestyler ni, boleh le komen dan kongsikan di sini. Nanti boleh saya cuba 😉
Next one saya nak cuba ~ Ikea Home/Kitchen Planner...
Sekian..
----------------------------
2017-04-13: Saya terjumpa post yang ada senarai online home planner (interior design/layout plan/etc). Siapa berminat boleh pergi sini 10 Best Apps to Make 2D and 3D Home Design Software Free Download
-----------------------------
2018-05-29: Saya check balik Homestyler.. ada lagi! Boleh guna.
Saya bukan orang seni or arkitek. Kalau nak 'lukis' dengan AutoCad sure terketar-ketar.
Tapi dengan online app ni - hasilnya..boleh scroll bawah.. OK tak? Walaupun rekaan saya takde lah canggih mana - tapi boleh tahan untuk orang yang tiada asas dalam reka hiasan rumah atau yang sewaktu dengannya. Betul tak?! Maaf le kalau angkat bakul sendiri ni... 😁
And if you have a very good color sense (unlike me, more on natural - sombre looking stuff.. hehehe), mesti boleh menghasilkan design yang lawa meletop-letop...
Berbalik pada applikasi web ni.. nama dia Homestyler (dari AutoDesk). Dengan menggunakan applikasi ni, saya boleh dapat sempoi/simple design, boleh plan ruang/posisi perabot dan paling penting boleh visualize ikut taste/perabot sendiri. Yang ni tak payah lukis kerus meja tu semua.. just main drag and drop sahaja dari online katalog dalam sistem ini. Senang tak!
Yang remeh, pertama sekali kena tahu plan layout dan size rumah. Kalau tak tahu, boleh taram je size rumah macam saya buat. Lepas tu nak kena 'lukis' / hasilkan pelan rumah (ambil masa juga ni) dan nak kena atur atau adjust perabot ke posisi yang di kehendaki.
Secara kasarnya, kalau ada rancangan nak pindah rumah dan nak hias rumah tanpa guna ID (jimat banyak tau ni, apatah lagi tengah ekonomi kurang baik) - boleh cuba HomeStyler . At least, rumah takde lah nampak caca marba. Walau kaler rumah lumut, kalau pandai atur dan susun - mesti menarik juga.
Next one saya nak cuba ~ Ikea Home/Kitchen Planner...
Sekian..
----------------------------
2017-04-13: Saya terjumpa post yang ada senarai online home planner (interior design/layout plan/etc). Siapa berminat boleh pergi sini 10 Best Apps to Make 2D and 3D Home Design Software Free Download
-----------------------------
2018-05-29: Saya check balik Homestyler.. ada lagi! Boleh guna.
Comments
Post a Comment