Posts

Showing posts from 2015

JPO - Johor Premium Outlet

Menarik juga JPO ini. Kadar parkir sehari juga berpatutan kalau lama di sana ( flat-rate RM3). Mahal lagi kadar parkir di komplek membeli-belah. Pada para pembaca yang hendak merasa barang-barang berjenama boleh beli di sini. Cik Kat tidak beli apa-apa pun sebab tiada bajet. Kena menambung duit dulu kalau ada hati hendak merasa barang mewah. Tidak elok hutang-hutang, kena pikir credit card balance yang mesti dibayar. Bayar hutang lagi afdhal ye tak? :). Kalau ada rezeki lebih bolehlah beli sebagai hadiah penghargaan untuk diri sendiri. Insyaa'Allah. Tapi ada satu yang kurang enak - barang yang dijual di salah satu butik (Furla) tidak menawarkan waranti kerana produk yang dijual sudah diberi potongan. Hmmm.. tidak pernah tahu pasal ini. Ke sepatutnya sebab produk yang dijual adalah reject ? Ada sesiapa yang tahu sebab sebenarnya tak? Komen di sini kalau ada. Terima Kasih!

Selamat Hari Raya Di Kota Damansara, Sehingga Bertemu Kembali Ramadhan!

Image
Pejam celik, pejam celik - genaplah sebulan Ramadhan dan kini Syawal pula menjelma. Sedih kerana masih banyak kekurangan yang perlu di perbaiki dan ibadat yg perlu ditingkatkan sepanjang Ramadhan. Gembira , kerana telah berjaya mengharungi Ramadhan dan dapat cuti panjang untuk berhari raya. Yey!!! Gembira tak terkira. Dapatlah berehat sebentar dari kerja office. Hari pertama raya, pagi-pagi sudah bersiap untuk masak lodeh. Huh! Tengok stok tauhu kering dah berkulat lah pula. Nak tak nak pergi juga Giant di Kota Damansara - nasib baik. Kalau tidak ada tahu kering, macam x lengkap pulak lodeh ni. Alhamdullillah, raya pertama berjalan lancar.  Tapi, makin umur meningkat ni, kemeriahan raya kurang sedikit. Bukan dari segi rohani tapi lebih kepada persiapan. Biskut setakat 2-3 jenis (itupun masak satu jenis kuih, yag lain tu mak bagi atau beli), masak hanya ketupat dan rendang ayam. Selebihnya beli sahaja. Kenapa ye? Ke saya seorang yang rasa begini? Tak mengapalah, yang penting dapa

Tempat Letak Kereta Di HUKM

Image
Mencari tempat letak kereta atau parking spot agak mencabar lebih-lebih lagi pada waktu puncak ( peak-hour ). Kadar bayaran parkir juga agak tinggi bila di gunakan lama. Pernah sekali kena bayar RM10. Baik guna Valet Parking kalau lama di sana. Lihat sini kalau hendak tahu caj bayaran parkir Valet. Kadar bayaran tempat meletak kereta HUKM Pilihan lain untuk parkir kereta adalah di stadium berdekatan (Kompleks Renang Kuala Lumpur). Tempat letak kerata di kawasan stadium adalah percuma dengan jarak berjalan kaki antara 10 ke 15 minit (ikut kelajuan kaki masing-masing). Free Parking  di Kompleks Renang

Surgeri Perut Untuk Kurus - Gastric Sleeve Surgery

Image
Pada 10 Jun 2015, suami Cik Kat melalui 'Baritric Surgery' atau dengan lebih tepat 'Gastrik Sleeve Surgery' di Pusat Pakar HUKM, Cheras (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Keputusan akhir ini di buat atas saranan doktor setelah Cik Suami berusaha menguruskan berat badan melalui pelbagai cara. Kami mengambil masa 8 bulan setalah menkaji (dengan pertolongan En. Google) sebelum meneruskan saranan ini. Sebelum ini, kami (termasuk saya sang isteri kerana memainkan peranan dari segi sokongan moral - chewah!) telah cuba untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan sihat, minuman diet, senaman, pil kurus dari doktor, injection HCG - namun kesemua usaha tidak berhasil memandangkan berat yang perlu di kurangkan amat lah besar.  Suami Cik Kat perlu kurus, bukan kerana paras rupa (kalau ada pun amat lah low priority ye!), tetapi kerana menjaga kesihatan, kudrat badan yang sangat limited  dengan umur yang semakin meningkat (lutut sering sakit - menghalang dari melaku