Surgeri Perut Untuk Kurus - Gastric Sleeve Surgery

Pada 10 Jun 2015, suami Cik Kat melalui 'Baritric Surgery' atau dengan lebih tepat 'Gastrik Sleeve Surgery' di Pusat Pakar HUKM, Cheras (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Keputusan akhir ini di buat atas saranan doktor setelah Cik Suami berusaha menguruskan berat badan melalui pelbagai cara. Kami mengambil masa 8 bulan setalah menkaji (dengan pertolongan En. Google) sebelum meneruskan saranan ini.

Sebelum ini, kami (termasuk saya sang isteri kerana memainkan peranan dari segi sokongan moral - chewah!) telah cuba untuk mengurangkan berat badan melalui pemakanan sihat, minuman diet, senaman, pil kurus dari doktor, injection HCG - namun kesemua usaha tidak berhasil memandangkan berat yang perlu di kurangkan amat lah besar. 

Suami Cik Kat perlu kurus, bukan kerana paras rupa (kalau ada pun amat lah low priority ye!), tetapi kerana menjaga kesihatan, kudrat badan yang sangat limited dengan umur yang semakin meningkat (lutut sering sakit - menghalang dari melakukan senaman dengan lebih berkesan) dan untuk mengelak dari kencing manis (check-up terakhir cik Suami menunjukkan yang dia menghidapi pre-diabetes). Di samping itu, dengan surgeri ini kami berharap penyakit yang dihidapi oleh cik Suami dapat disembuhkan iaitu Severe Sleep Apnea dan darah tinggi (borderline).

Di sini Cik Kat sertakan sekali link HUKM dan risalah surgeri (sebagai info untuk pembaca yg berminat mengetahui dengan lebih lanjut - kami tidak mendapat apa-apa komisyen ye! :) ):

http://www.ukmsc.com.my/

Memandangkan insuran cik Suami tidak cover pembedahan ini, kos pembedahan merupakan salah satu halangan dalam membuat keputusan. Sebelum kami memilih HUKM, kami telah pergi ke hospital lain tetapi kos nya tinggi - hampir dua kali ganda dari kos di HUKM.

Apa-apa pun, surgeri ini adalah pilihan terakhir selepas segala usaha yang di buat tidak berjaya dan bila badan/nyawa sudah terancam dengan penyakit akibat dari kegemukan. Jika ada sesiapa yang mahu membuat Bariatric Surgery, fikir betul-betul, usaha buat senaman dan jaga pemakanan.  


Setakat di sini dahulu. Besambung di artikel selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. salam puan... berapa kos surgeri tersebut.. sy nak buat jugak..
    insuran tak cover ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf reply lambat sebab saya dah lama tak masuk blog ni. Kemungkinan Hunter dah ada jawapan.. kalau tak, saya cuba jawab setakan yg saya ingat.

      Tak salah saya kos surgeri utk suami adalah 26k (tak termasuk follow up checkup). Ni kos tahun 2015, kalau sekarang (2017), rasanya harga meningkat sudah.

      Insuran suami memang tak cover. Tapi ikut insuran/company. Ada syarikat (employee insurance) yang biaya surgeri macam ni - info ni saya dapat dari specialist/doktor yg saya jumpa.

      Apa2 pun, cuba periksa dengan agen insuran (kalau ni personal) atau HR (kalau guna insuran syarikat). Boleh juga check dengan hospital bagi pendapat untuk insuran.

      Delete
    2. Assalammualaikum Puan..
      Mcmna keadaan suami puan skrg?
      ad ap² treatment atau follow up selepas operation?
      sy pun patient gastric bypass tahun 2007,buat di hukm juga.

      Delete
    3. Waalaikumussalam Afiqah, maaf sebab lama tak buka blog dan jawab soalan puan. Suami saya alhamdullillah ada penurunan dlm 30kg. Ada follow up dengan specialist 3 bulan sekali, kemudian 6 bulan sekali.. akhir sekali jumpa bila perlu.

      Cuma selepas tahun 3.. berat meningkat kembali dalam 20kg kerana suami saya mendapat kecederaan kaki dan tidak dpt bergerak banyak. Tetapi selepas berjumpa doktor dan mendapat nasihat - i.e. pemakanan sihat, aktiviti senaman secara konsisten serta ubat, berat suami kembali turun (setakat ini 17kg).

      Secara keseluruhan, kena ubah cara hidup i.e. pemakanan sihat dan melakukan riadah.

      Terima kasih.

      Delete
  2. Salam puan..
    Selepas suami puan buat sleeve surgery ni ada risiko untuk berat badan naik semula ke..selepas suami puan naik 20kg macamna dia turunkan 17 kg kembali adakan suami puan melakukan sleeve surgery utk kali ke dua.. Terima ksh.

    ReplyDelete
  3. berapa harga Bariatric surgery 2019 berapa pembedahan,sakit tak?

    ReplyDelete
  4. Nak tanya.. untok pembedahan bariatrik di PPUKM, Adakah ada pengurangan kos pembedahan bagi pesara ATM

    ReplyDelete
  5. Harga operation gastro bypass
    Utk tahun 2019.berapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dgn dr.. mustapa yg rawat penyanyi aisyah tu rm28k di CGI hosp

      Delete
  6. Isteri saya buat awal tahun bru ni, rm20k

    ReplyDelete
  7. Operation tu major ke minor.sakit tak.berapa Masa yg diambik untk recover Luka Dan sembuh.berapa Masa yg diambik untk operation

    ReplyDelete
  8. kenapa berat saya lambat turun ...saya buat sleeve bulan 9 thn 2020

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanie,
      Sudah check dengan doktor, Hanie?

      Delete
  9. Buat Sengan Tok Mamat 10K Je 📢📢📢

    ReplyDelete
  10. 온라인카지노 온라인카지노 rb88 rb88 william hill william hill カジノ シークレット カジノ シークレット ラッキーニッキー ラッキーニッキー 제왕카지노 제왕카지노 912

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tempat Letak Kereta Di HUKM

Interior Designer Wannabe - Reka Sendiri Hiasan Dalaman Rumah