'Revisiting' Photoshop Selepas 15 Tahun Di Tinggalkan

Bila seorang kawan meminta tolong ajar buat blog.. sesi buat blog bertukar menjadi sesi men-'design' label. Memandangkan sudah lama saya tidak sentuh 'web design', terkial-kial juga bila hendak mula. Sudahlah aplikasi Adobe Photoshop pun tidak ada.

Habis buat apa? Mula-mula sekali 'download'lah Adobe Photoshop CC versi 'trial' dan 'install' ke dalam laptop saya ini yang entah cukup entah tidak 'hard disk space' / RAM-nya. Alhamdulillah, masih boleh jalan laptop walaupun ada ketika bergerak macam kura-kura. Tidak mengapalah, untuk menjadikan ilmu itu bermanfaat kita buat juga.

Awal-awal saya guna Google untuk cari informasi pasal photoshop i.e. macam mana nak 'scale image', 'apply layer style' dan lain-lain perkara asas. Kiranya 'continue with a quick photoshop tutorial revision' penulisan yang banyak dalam internet. Sekarang ini tidak susah cari tutorial Photsoshop.

Selapas 2-3 jam mentelaah, ini lah hasilnya - saja gatal tangan.. Alhamdulillah boleh lah. 'Not too shabby' 😁. Nama pun bukan pelajar seni.




Comments

Popular posts from this blog

Tempat Letak Kereta Di HUKM

Surgeri Perut Untuk Kurus - Gastric Sleeve Surgery

Interior Designer Wannabe - Reka Sendiri Hiasan Dalaman Rumah