Saya dan Chilindo

Saya terjebak dengan Chilindo dari iklan di Instagram. Dari sifat hendak tahu sampai 'ter'-membida beberapa barangan yang di lelong di situ. Niat di hati nak beli basikal. Tapi... dari sehari ke hari cubaan untuk menang bidaan basikal tidak juga berjaya. Sambil 'monitor' basikal idaman, selak-selak juga barangan lain. Klik punya klik... hmmm bidaan berjaya untuk 5 barang. Bukan satu tapi lima dan bukan juga basikal.

Sila lihat gambar di bawah - berbaloi ke tidak? Untuk lima barang ini, 'delivery charges' hanyalah RM6.00.

The charm of Chilindo is.. setiap bidaan bermula dari 10 sen (RM0.10). Semestinya ini adalah tarikan (hmmm more like a trap) untuk pengguna. Bukan senang nak dapat barang pada harga 10 sen, semua orang akan tertumpu pada harga tersebut. Agaklah susah tapi tidak mustahil nak dapat pada harga paling rendah. Cubalah, rezeki masing-masing kalau dapat barang yang tidak ada orang hendak bida.

Yang pasti, bila hendak membida kena:



  1. Ada 'max target price'. Jangan asyik sangat tekan butang 'Place bid'.
  2. Kawal nafsu dan periksa harga sebenar barang yang hendak di bida. Hanya bida bila harga kurang dari harga sebenar.
  3. It's ok to give up - tahu bila kena berhenti dari membida. Tidak berjaya membida tidak bermakna hidup ini terhenti...
  4. Insaf diri - kalau tidak cukup duit, jangan gatal buat hutang. Not worth it my friends..
  5. Let go - boleh 'cancel' pembidaan/'purchase item' kalau bertukar fikiran - sebab duit takde, sebab terlalu ikut nafsu, etc. Cuma bila sudah 'cancel', anda tidak boleh lagi membida barang yang ada menang sekali lagi.
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Tempat Letak Kereta Di HUKM

Surgeri Perut Untuk Kurus - Gastric Sleeve Surgery

Interior Designer Wannabe - Reka Sendiri Hiasan Dalaman Rumah